1 DARI 3 LELAKI EJAKULASI PRAMATANG


Kaji selidik Kepuasan dan Tingkah Laku Seksual Asia-Pasifik menunjukkan bahawa kesihatan hubungan dan seksual pasangan terjejas teruk akibat ejakulasi pramatang. Sehingga 1 daripada 3lelaki mengalami beberapa bentuk ejakulasi pramatang sebagaimana yang didiagnos oleh Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT).

Ejakulasi Pramatang

Ejakulasi pramatang merupakan disfungsi seksual yang paling biasa berlaku dalam kalangan lelaki dan ia disifatkan sebagai kesukaran untuk mengawal pancutan air mani. Ejakulasi pramatang dikenal pasti sebagai satu kondisi perubatan oleh pertubuhan-pertubuhan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Urologikal Amerika (AUA), Persatuan Psikologikal Amerika (APA) dan Persatuan Antarabangsa Ubat-ubatan Seksual (ISSM). Rawatan PE yang efektif mampu menambah baik kawalan ejakulasi dan meningkatkan kepuasan seksual, serta kualiti keseluruhan kehidupan lelaki dan pasangan mereka.

Keputusan daripada salah satu daripada kaji selidik paling meluas pernah dijalankan berkaitan kepuasan seksual di Asia Pasifik mendedahkan bahawa masalah ejakulasi pramatang menyebabkan tekanan emosi dan kekecewaan yang serius terhadap golongan lelaki dan pasangan mereka. Hasil kajian itu didedahkan dalam satu acara yang dianjurkan oleh syarikat farmaseutikal antarabangsa Menarini menunjukkan bahawa kawalan klimaks memberi impak kepada hubungan serta kenapa lelaki dan wanita tidak mendapatkan bantuan.

Statistik Ejakulasi Pramatang

Di Malaysia, 45% lelaki dan 71 pasangan yang melaporkan pengalaman ejakulasi pramatang mengaku tidak berpuas hati dengan hubungan mereka.

Kaji selidik mendedahkan bahawa ejakulasi pramatang merupakan kondisi perubatan yang amat biasa berlaku di rantau Asia-Pasifik dengan satu daripada tiga lelaki mengalami beberapa bentuk PE sebagaimana yang didiagnos oleh Alat Diagnostik Ejakulasi Pramatang (PEDT) .1

Dalam perhubungan, 44 peratus pasangan menyatakan bahawa PE mewujudkan jurang di antara mereka. Dalam kes yang lebih serius, 15 peratus lelaki dan 14 peratus wanita mengakui PE boleh membawa kepada keruntuhan hubungan atau penceraian.

Dalam kalangan responden lelaki Malaysia yang mengalami PE, 38 peratus daripada mereka cenderung untuk mengelak daripada melakukan hubungan seks, manakala 20 peratus menjauhkan diri daripada pasangan masing-masing.

Kesihatan seksual dan hubungan pasangan terjejas

Di Malaysia, 75 peratus lelaki yang dikaji selidik mengakui memuaskan pasangan mereka secara seksual adalah amat penting. Sama ada untuk kebaikan pasangan, hubungan atau diri mereka sendiri. Kaji selidik ini juga mendapati 58 peratus responden berasa bimbang tidak mampu memuaskan pasangan mereka secara seksual. Sementara 35 peratus daripada mereka bimbang tidak berupaya membawa pasangan mencapai klimaks.

Dalam kalangan responden lelaki Malaysia yang mengalami PE, 38 peratus daripada mereka cenderung untuk mengelak daripada melakukan hubungan seks, manakala 20 peratus menjauhkan diri daripada pasangan masing-masing.

Kebanyakan lelaki dan wanita yang terjejas dengan isu ini enggan mendapatkan bantuan

 Menyentuh tentang tindakan terhadap masalah ejakulasi pramatang,

Hampir lapan daripada sepuluh lelaki yang mengalami PE masih tidak didiagnos

55 peratus menyenaraikan kurangnya pemahaman sebagai halangan utama untuk berjumpa dengan doktor. Ada yang percaya PE disebabkan oleh tekanan, kepenatan, keletihan, gaya hidup atau tiada pengalaman dan akan pulih secara sendiri nanti serta ia tidak perlu diubati

Hampir separuh responden menyatakan mereka tidak mengambil tindakan kerana stigma dan rasa malu

Bagi pasangan yang mengalami masalah PE, 47 peratus daripada mereka tidak pernah menggalakkan suami masing-masing untuk mendapatkan rawatan

Perunding Kanan Pakar Urologi dan Ketua Unit Urologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Zulkifli Md Zainuddin menegaskan bahawa PE adalah kondisi perubatan yang sebenar dan perlu ditangani melalui rundingan perubatan. Profesor Dr. Zulkifli berkata, “Ejakulasi pramatang, sama seperti isu kesihatan seksual yang lain boleh dirawat dengan jayanya. Adalah penting bagi lelaki yang mengalami ejakulasi pramatang dan pasangan mereka menyelesaikan masalah ini serta berjumpa dengan doktor. Mengatasi masalah ini adalah cabaran untuk kebanyakan lelaki. Tetapi mereka perlu mengambil langkah penting ini jika mereka serius untuk merawatnya demi menambah baik kehidupan seksual dan pasangan mereka. Mulakan perbincangan dengan segera. Maka rawatan boleh dimulakan dengan lebih awal untuk kejayaan dan kepuasan yang lebih baik.”

 Cara Merawat 

Apabila doktor anda telah mengesahkan anda menghidap ejakulasi pramatang , langkah seterusnya adalah untuk melihat pilihan rawatan. Terdapat rawatan yang tersedia untuk membantu anda memperbaiki kawalan ejakulasi dan kepuasan seksual bagi anda dan pasangan anda.

Terdapat beberapa strategi rawatan untuk Ejakulasi Pramatang :

Teknik tingkahlaku
Kaunseling psikologi
Mengurangkan sensasi zakar
Rawatan menggunakan ubat-ubatan
Anda boleh melihat rawatan kepada masalah ini diiklankan di dalam talian dan dalam media dan tergoda untuk mencubanya tetapi anda harus berhati-hati. Apabila membeli secara dalam talian , adalah mustahil untuk mengetahui apa yang anda akan terima melainkan jika anda memesan ubat-ubatan dari farmasi Malaysia berlesen. Masalah yang berkaitan dengan rawatan tiruan termasuk kurang keberkesanan dan risiko paling melampau adalah mati.
Walaupun internet mungkin kelihatan seperti tempat yang mudah untuk mencari rawatan, adalah lebih baik untuk bertemu dengan doktor untuk memastikan anda mendapat rawatan yang berkesan dan selamat dengan pemantauan yang betul.

Laporan kaji selidik kini boleh diakses di laman web yang baru dilancarkan iaitu www.ControlPE.com.my. Ia dijalankan oleh pihak Kantar Health dan dibiayai oleh Menarini. Lebih 3,500 lelaki dan wanita dari sembilan buah negara di Asia Pasifik termasuklah Australia, tanah besar China, Hong Kong, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand terlibat dalam kaji selidik tersebut.



No comments:

Post a Comment